28 Nov 2011

Mengapa diganggu fokus Apek?


[Oleh : Mohd Faizal Awang Senik] 

Tertekan atau hilang fokus? Itu antara yang mungkin dialami oleh penjaga gol dan kapten Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau panggilan mesranya 'Apek' yang melepaskan 3 gol malam ini. Mana tidaknya dibayangi dengan bermacam-macam gosip sejak akhir-akhir ini menjadikan beliau antara atlet yang paling popular di Malaysia.

Bermula dengan kisah putus tunang, Apek terus diekori oleh 'lensa-lensa wartawan tidak bergaji' dan 'mata-mata iri hati'. Maka bermulalah episod Apek dengan gambar beliau minum Barbican serta tersebarnya gambar Apek yang didakwa berfoya-foya bersama gadis di Bukit Bintang.

Lantas selepas itu banyak pula ketukan-ketukan papan kekunci blogger mula mengutuk beliau dan mula mencari kelemahan serta kesalahan penjaga gol negara itu demi menaikkan rating dan traffic blog mereka yang tidak berapa terkenal itu.

Tidak cukup dengan itu, tersebar pula gambar Apek dengan perempuan yang katanya sengaja memerangkap Apek. Gambar yang diambil itu dikatakan memang berniat jahat ingin mengugut Apek dan ingin memalukan beliau. Benar atau tidak hanya tuhan yang tahu. Lalu tersebarlah gambar tersebut di ruangan internet ini. (Tidak akan disiarkan di sini walaupun kami memilikinya)

Begitulah tekanan yang dihadapi oleh penjaga gol utama Malaysia ketika ini, Jika dilihat daripada aspek positif, ia menggambarkan bola sepak Malaysia sudah semakin berkembang dan mendapat tempat dihati rakyat Malaysia sehingga pemain bola sepak sudah seperti artis popularitinya.

Namun jika dilihat daripada aspek negatif, ia akan sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) mengganggu fokus Khairul Fahmi Che Mat yang sememangnya tidak dinafikan antara watak utama menaikkan kembali imej bola sepak Malaysia di mata dunia.

Jadi sebagai rakyat Malaysia, sebagai peminat bola sepak mengapa kita cuba secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar cuba menjatuhkan kembali imej dan prestasi bola sepak Malaysia yang kini menapak naik?

Adakah tidak ada rasa tanggungjawab untuk memberikan sokongan terhadap mereka atau kekal pada takuk lama dengan prinsip 'menang dipuji' dan 'kalah dicaci'?

Dan adakah berbaloi andai blog anda terkenal dengan hit yang tinggi tetapi skuad bola sepak semakin jatuh dek kerana 'busy body' anda?

Fikir-fikirkan lah wahai rakyat Malaysia..

Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More