27 Nov 2011

Harimau Muda tewas di tangan Bahrain 2 - 3


KUALA LUMPUR - Harimau Muda tersungkur 2 - 3 di tangan Bahrain walaupun bermula garang. Mendahului dengan 2 gol hasil jaringan daripada Nazmi Faiz dan Mahali Jasuli belum cukup untuk melakarkan kejayaan pertama buat skuad bimbingan Ong Kim Swee dalam kempen kelayakan olimpik selepas Bahrain menjaringkan 3 gol dalam tempoh lima minit.

Bermula dengan baik Harimau Muda berjaya menyerap serangan-serangan berbahaya daripada pasukan lawan. Usaha akhirnya berbaloi apabila tendangan jarak jauh Nazmi Faiz gagal diselamatkan penjaga gol Bahrin memberikan kelebihan kepada Harimau Muda.

Babak kedua menyaksikan Bahrain menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan. Walaubagaimanapun kesilapan penjaga gol Bahrain yang gagal menangkap bola dengan kemas tidak dipersiakan Mahali Jasuli apabila berjaya menjaringkan gol kedua Malaysia.

Bermain dengan 10 orang pemain tidak melemahkan semangat pasukan Bahrain apabila gol pertama muncul hasil sepakan gunting pemain penyerang mereka yang memerangkap Khairul Fahmi Che Mat.

Selang beberapa minit sekali lagi kealpaan pertahanan Malaysia dihukum untuk menjadikan kedudukan terikat 2 -2.

Sepakan percuma yang dimiliki Bahrain kemudiannya meranapkan impian Malaysia apabila Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi tertewas untuk kemenangan mutlak kepada Bahrain dengan jaringan 3 - 2.

Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada skuad Harimau Muda yang telah berusaha sedaya upaya mereka. Faktor kecergasan dilihat antara punca kegagalan pasukan negara selain beberapa pemain tidak beraksi pada tahap sebenar. - MEDIA ALTERNATIF




Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More