Kuala Terengganu - Jurulatih Terengganu Irfan Bakti tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad itu yang akan tamat pada hujung Disember nanti.
Irfan berhadapan dengan pelbagai konflik dengan pihak pengurusan pasukan Terengganu memilih jalan keluar untuk tidak lagi membimbing 'naib juara' Piala Malaysia 2011 itu untuk musim hadapan.
Sumber mengatakan bahawa Irfan sudah pun bersetuju secara lisan untuk membimbing pasukan Selangor untuk musim 2012 nanti.








