30 Nov 2011

Honda CR-V generasi ke-4 akan mula dijual di Jepun Disember ini



Honda akan mula memasarkan model terbaru CR-V pada 2 Disember nanti di Jepun. Generasi keempat SUV ini terdapat dalam dua pilihan iaitu model 2.4 liter dan model 2.0 liter. Model 2.4 liter didatangkan dengan pacuan empat roda manakala model 2.0 menggunakan pacuan roda hadapan.

Menurut Honda, model 2.4 liter menggunakan teknologi i-VTEC dengan 5 transmisi automatik memberikan kelebihan kuasa pada 185hp dan 221Nm.


Sementara itu, model 2.0 liter I-VTEC menawarkan kelebihan kuasa tork pada rpm yang rendah memastikan penjimatan pada penggunaan bahan api.

Secara keseluruhan, generasi ke-4 Honda CR-V ini nampak lebih kemas dan bergaya dengan bahagian dalamnya 225 milimiter lebih panjang dan ruang barang 65 liter lebih luas berbanding model generasi ke-3. - MEDIA ALTERNATIF



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More