PUTRAJAYA - Tatkala seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan Harimau Muda mempertahankan pingat emas di temasya Sukan SEA ke-26 di Jakarta, tidak semena-mena pula ada 'Si Keldai' yang cuba menyanyi sumbang.
Komen yang berbaur perkauman yang dihantar oleh 'LAMPUTOSLET:BHA03310' yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini bukan sahaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan malah turut mengundang kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang waras dan sihat akalnya.
Menyamakan mentaliti rakyat Kelantan dengan rakyat Indonesia (penyokong bola sepak Indonesia yang fanatik dan tidak menghormati lagu Negaraku) adalah sesuatu yang cukup mendukacitakan tatkala 'tangan emas' anak jati Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan maruah negara.
Melabelkan rakyat Kelantan sebagai fanatik dan bersifat kenegerian yang melampau adalah sangat bertentangan apabila tidak pula ada seorang ahli berdaftar Berita Harian kelahiran Kelantan menghantar komen bersifat kebencian perkauman seperti yang dilakukan oleh 'Si Keldai' 'LAMPUTOSLET:BHA03310' ini.
Turut menjadi kemarahan ialah akhbar Berita Harian yang tidak peka dengan kandungan yang disiarkan yang dianggap sebagai tidak mengandungi sebarang info yang bersifat ilmiah malah satu tuduhan yang jahat serta bersifat 'rendah iq'. - MEDIA ALTERNATIF








