30 Nov 2011

Drogba bakal ucap selamat tinggal kepada 'The Blues'



LONDON - Didier Drogba hampir pasti untuk meninggalkan Chelsea selepas pemain itu menolak tawaran lanjutan kontrak bersama skuad Blues selama 12 bulan.

Kontrak lumayan bernilai 120,000 pound (RM591,000) seminggu yang sedang dinikmati oleh penyerang Ivory Coast berusia 33 akan tamat musim ini.

Bagaimanapun, Drogba dijangka menghabiskan baki kontraknya itu dan kemudiannya menjadi ejen percuma bagi membuka laluan kepadanya untuk berhijrah ke Rusia atau Qatar.

Ejen Drogba, Thierno Seydi yang berpangkalan di Senegal malam kelmarin mendakwa: "Didier telah ditawarkan Chelsea lanjutan kontrak setahun.

"Namun ia tidak menarik minat kami.

"Kami tahu apa yang kami inginkan, di mana kami mahu pergi dan apa tawaran yang kami miliki.

"AC Milan cuba meminjam Didier dengan opsyen untuk membeli tetapi saya terus mengatakan 'tidak' terhadap tawaran tersebut.

"Pada usia Didier sekarang, tiada apa lagi yang perlu dia buktikan sebagai seorang pemain.

"Dia akan pergi ke mana sahaja yang mana menawarkan pendapatan paling banyak.

"Jadi ia mungkin Amerika Syarikat, Rusia, Qatar atau mana-mana di Asia.

"LA Galaxy, Anzhi Makhachkala adalah antara kemungkinannya.

"Bagaimanapun, tiada lagi tawaran diterima daripada mereka."

Drogba dibawa ke Stamford Bridge dari Marseille oleh Jose Mourinho dengan harga perpindahan 24 juta pound (RM118.2 juta) pada 2004 dan telah meledak 146 gol selama tujuh tahun bersama Chelsea. - Agensi



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More