31 Okt 2011

Chong Wei juara terbuka Perancis




KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan Super Series keenam tahun ini selepas memenangi Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris semalam.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, menewaskan pemain bukan pilihan dari Jepun Kenichi Tago 21-16, 21-11 dalam masa 39 minit.

Beliau sebelum ini bergelar juara di Taiwan, Terbuka Malaysia pada Januari, Terbuka India (April), Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (Mei) dan Terbuka Indonesia pada Jun. —Bernama

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More