7 Sep 2012

Temui bom, polis Indonesia buru lelaki



JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia melancarkan operasi memburu seorang lelaki dan menyiasat kemungkinan terdapat kaitan dengan aktiviti keganasan selepas menemui sejumlah bahan letupan di sebuah rumah di luar bandar Jakarta, kata polis hari ini.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran-jiran seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Toriq apabila mereka melihat asap keluar dari rumah miliknya semalam.

"Pada lewat petang semalam, penduduk menghubungi polis untuk memberitahu tentang kepulan asap yang keluar dari rumah Toriq. Polis yang tiba sejam kemudian menemui bahan letupan.

"Toriq bagaimanapun melarikan diri, meninggalkan isteri, anak dan ibunya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis kini bekerjasama dengan agensi antikeganasan dan polis kebangsaan untuk menjejaki dan menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan yang merancang melancarkan serangan keganasan.

"Antara bahan letupan ditemui adalah peletup, serbuk aluminium, sulfur dan beberapa kotak paku,'' ujarnya.

Kejadian itu berlaku selepas peristiwa tembak-menembak di Solo, Jawa Tengah pada minggu lalu yang menyaksikan dua suspek pengganas dan pegawai antikeganasan maut.

Polis menangkap seorang lagi suspek di luar Jakarta semalam berhubung serangan ke atas polis Solo itu. - AFP


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More