8 Sep 2012

SPR: Kami sudah sedia sepenuhnya urus PRU13



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kini menanti tarikh pembubaran Parlimen.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, persediaan untuk menghadapi pilihan raya telah siap sehingga 85 peratus dan selebihnya hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Yang belum siap hanya... tunggu Dewan Rakyat dibubarkan untuk proses tempahan dan beli peralatan.

"Bagaimanapun kita memang sudah sedia dan tak ada masalah, latihan pun sudah diberikan kepada pegawai, kerani, ahli pasukan jaga keselamatan dan sebagainya," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sebelum ini, ramai berpendapat bayangan Najib, yang dikeluarkan kelmarin dan minggu lalu, sebagai kenyataan yang membawa maksud pilihan raya bakal dibuat pada tahun ini walaupun pada mulanya, ramai yang menjangkakan PRU13 diadakan pada Jun dan Julai lalu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga percaya PRU13 akan diadakan November ini atas beberapa perkara.

Penganalisis politik juga menyatakan kenyataan dan bayangan Najib bukan mainan politik dan dijangka PRU diadakan pada Disember ini.

Justeru, Abdul Aziz meminta semua rakyat Malaysia yang sudah mendaftar, lebih 12 juta orang, menyemak semula status masing-masing sebagai pengundi berdaftar.

Katanya lagi, PRU13 paling lewat akan diadakan pada 28 Jun 2013.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.

Jika Parlimen dibubarkan, PRU13 peringkat nasional atau persekutuan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. - SINARHARIAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More