8 Sep 2012

'Pertimbang kurang cukai kereta import'



KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mempertimbangkan pengurangan cukai  kenderaan import terpakai dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan 28 September ini.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyuarakan kebimbangan, kenaikan cukai import 30 peratus bermula 1 September lalu memberi kesan kepada 98 usahawan yang bernaung di bawahnya.

Ahlinya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, sekiranya perkara ini dibiarkan berlanjutan, industri automotif Bumiputera akan mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini.

Tambahnya lagi, yang lebih memberi tekanan, institusi kewangan kini telah mengetatkan pinjaman kepada pembeli kenderaan import.

“Hasilnya, ramai di kalangan pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar kos tambahan  kenaikan cukai nilai kenderaan itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, kesan kenaikan cukai ini  telah mengakibatkan peningkatan kos yang akhirnya membebankan pembeli.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerajaan  untuk mempertimbangkan sama ada mengurangkan cukai terbabit, menghapuskan atau memberi kelonggaran yang lebih luas kepada institusi kewangan memberikan pinjaman kepada pembeli. - SINARHARIAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More