10 Sep 2012

Pengamal perhubungan awam, media harus sebar maklumat benar dan tepat



GEORGETOWN - Pengamal perhubungan awam dan media diingatkan supaya menyebarkan maklumat yang benar dan tepat kepada orang awam bagi memastikan tiada isu yang dimanupulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata kemajuan media pada masa kini menyebabkan rakyat mendapat maklumat dari pelbagai sudut.

Beliau menggesa semua pegawai KPKK di peringkat akar umbi supaya bersatu dan sehala bagi memastikan sistem penyebaran berjalan dengan baik dan maklumat dapat disampaikan dengan benar dan tepat kepada rakyat.

Penyebaran maklumat yang benar dan tepat penting untuk memastikan rakyat membuat keputusan yang betul pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jawatankuasa Penyelaras KPKK Zon Utara di sini Isnin.

Program dua hari bertajuk 'Peranan Pengamal Perhubungan Awam dan Media' itu bertujuan meningkatkan kefahaman pegawai KPKK mengenai sistem penyampaian yang benar untuk mengembalikan keyakinan rakyat. - BERNAMA


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More