7 Sep 2012

Nurul Syuhada letak jawatan



KUALA LUMPUR - Pengacara dan wartawan TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain, 28, meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa stesen televisyen tersebut.

Menurut Nurul Syuhada, tindakan itu tidak ada kena mengena dengan isu Bintulu yang pernah timbul sebelum ini.

"Walaupun saya telah meletakkan jawatan sepenuh masa tetapi saya masih terlibat dengan TV3 sebagai kakitangan separuh masa.

"Mungkin ramai yang akan memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara ini, apa pun, saya telah menghantar surat meletakkan jawatan sebulan lalu.

"Buat masa ini, saya hanya akan terlibat sebagai pengacara kepada rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Petaling Jaya, di sini hari ini. -UTUSAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More