9 Sep 2012

Menang tapi mungkin hilang Terry



CHISINAU - Frank Lampard menjaringkan dua gol ketika England bergantung kepada penguasaan di babak pertama menentang Moldova dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2014 untuk menang 5-0 semalam.

Ia merupakan kemenangan terbesar England di padang lawan dalam tempoh 19 tahun.

Jermain Defoe yang membuat kemunculan antarabangsa ke-50, juga menjaringkan gol untuk England sebelum rehat pada perlawanan di Chisinau.

James Milner dan Leighton Baines menambah gol England pada 16 minit terakhir perlawanan ke atas lawan yang menduduki ranking ke-141 dunia.

Bermain di atas padang yang tidak rata, Lampard meredakan rasa cemas England pada awal permainan, apabila menyempurnakan penalti di minit ketiga, setelah bola sepakan Tom Cleverley terkena tangan Simion Bulgaru.

Pemain tengah Chelsea itu menggandakan kelebihan menerusi tandukan jarak dekat pada minit ke-29.

"Saya gembira dengan cara permainan kami terutama di babak pertama.

"Kami menyerang dan bertahan dengan cukup baik, kami pantas untuk mendapatkan bola dan menyempurnakan setiap peluang gol ketika melakukan serangan balas," kata pengurus England, Roy Hodgson.

England bakal berdepan lawan yang lebih mencabar, Ukraine pada perlawanan Kelayakan Selasa ini ketika mereka kehilangan khidmat Wayne Rooney, Ashley Cole dan Andy Carroll.

Pertahanan tengah, John Terry keluar padang pada dua minit terakhir perlawanan, menyebabkan England menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Ini bermakna Terry belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan menentang Ukraine.

"Saya kena tunggu apa yang bakal doktor katakan kepada saya mengenai tahap kecederaan Terry," kata Hodgson.

Jika Terry tidak dapat beraksi menentang Ukraine, Hodgson mungkin akan memilih pemain Chelsea, Gary Cahill untuk digandingkan dengan Joleon Lescott pada bahagian tengah pertahanan England.

Namun England menerima berita gembira apabila Steven Gerrard, yang hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan semalam, berkemungkinan besar akan disenarai pada pertembungan dengan Ukraine.

Hodgson juga mendedahkan pertahanan kiri Chelsea, Ashley Cole sudah kembali menjalani latihan setelah tidak beraksi semalam akibat kecederaan buku lali.

Ia merupakan kali pertama England menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan dalam tempoh tiga tahun. Sepanjang di bawah Hodgson sejak April lalu, England hanya kalah sekali iaitu ketika penentuan penalti kepada Itali pada Euro 2012. - AGENSI


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More