9 Sep 2012

Kementerian Kesihatan ambil langkah cegah bunuh diri



KOTA KINABALU - Kementerian Kesihatan mengambil langkah untuk menangani isu berkaitan kesihatan mental, termasuk menggubal pelan strategik kebangsaan bagi mencegah perbuatan bunuh diri.

Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelan itu akan meliputi lapan bidang.

"Ini termasuk meningkatkan kesihatan mental, menambah baik langkah awal bagi mengesan gangguan mental dan cubaan membunuh diri, memupuk kerjasama antara pelbagai agensi dan meningkatkan keupayaan petugas penting seperti doktor, pakar psikiatri, profesional penjagaan kesihatan serta polis.

"Kami juga perlu perbanyakkan lagi penyelidikan tentang perlakuan bunuh diri, menambah baik sistem pemantauan bagi tujuan pengesanan awal, mempromosikan laporan media yang bersifat bertanggungjawab berkaitan perbuatan bunuh diri dan berusaha mencegah penyalahgunaan dadah serta racun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia di sini, Ahad.

Liow berkata walaupun kadar kes bunuh diri di negara ini tidak tinggi, tetapi isu berkenaan tetap menimbulkan kebimbangan. - BERNAMA


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More