SHAH ALAM - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said hari ini dan ahli jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah menerima notis daripada polis agar membantu siasatan berhubung Himpunan Janji Demokrasi pada malam Ambang Merdeka, 30 Ogos lalu, yang dicemari dengan insiden memijak gambar pemimpin negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Sepatutnya (Pengerusi Bersama Bersih 2.0), Pak Samad perlu hadir ke IPD Dang Wangi jam 6 petang ini tetapi beliau sudah ada acara lain yang sudah dijadualkan lebih awal.
“Jadi, setelah kami (Gabungan Janji) berbincang, esok kira-kira jam 2 atau 3 petang, kami akan menghantar Pak Samad ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi," katanya.
Tambahnya, keputusan sama ada Pak Samad diiringi peguam atau tidak belum ditentukan lagi.
Menurut kenyataan Pak Samad yang dipetik dari Keadilandaily, beliau bersedia untuk hadir ke IPD Dang Wangi.
“Mereka mahu saya datang ke IPD Dang Wangi pada jam 6 petang ini, tetapi saya menolak kerana ada acara lain. Lagipun, masa itu terlalu singkat.
“Namun, saya bersetuju untuk hadir selepas anggota Gabungan Janji berunding agar masa itu dianjak kepada 3 petang esok,” katanya.
Ketua Polis ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada Sasterawan Negara telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Khamis lalu, Gabungan Janji yang mewakili 47 badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini mengadakan Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah dilarang melakukan sebarang aktiviti di lokasi awal perancangan mereka, Dataran Merdeka.
Pada malam itu, Pak Samad membaca puisi bertajuk “Janji Demokrasi” di hadapan kira-kira 10,000 penyokong.
Meskipun himpunan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, namun himpunan tersebut tetap berlangsung.

Dalam pada itu, Maria menerima notis daripada polis kira-kira jam 6 petang tadi.
Notis tersebut meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi.
Menurut Hishamuddin, Maria berada di luar pejabat ketika notis tersebut diterima.
"Maria juga menerima surat yang sama jam 6 petang tadi di pejabat Empower. Ketika itu Maria di luar pejabat.
"Jadi, esok Pak Samad dan Maria akan ke balai Dang Wangi pada jam 3 petang," katanya malam tadi. - Sinar Harian