6 Sep 2012

Adik maut ditikam abang



KEMAMAN   - Seorang abang dipercayai menikam adiknya sehingga mati selepas kedua-dua mereka berselisih faham kerana berebut saluran televisyen di rumah mereka di Kampung Telaga Papan dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Abdul Hisham Ahmad, 23, seorang nelayan maut akibat terkena tikaman objek tajam di perut ketika bergelut dengan suspek.

Sebelum kejadian itu, dua beradik terbabit tersebut dikatakan turut bertengkar dipercayai kerana berebut motosikal.

Menurut bapa mereka, Ahmad Din, 59, ketika dua anaknya itu bergelut, dia sempat menegur suspek yang merupakan anak sulung daripada terus bertengkar dengan adik bongsunya. - UTUSAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More