1 Ogo 2012

Selangor sedia biaya kos guaman Rafizi



SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor sedia membiayai kos guaman bagi membantu bekas Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli, yang hari ini didakwa berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim  dalam  Twitternya pagi tadi menyelar tindakan penahanan tersebut selepas Rafzi mendedahkan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin.

“Kerajaan Negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman Rafizi Ramli.

“Kerajaan Negeri juga mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent,” katanya. - SINAR HARIAN


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More