1 Ogo 2012

Rafizi dicaj di bawah Bafia



SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicaj di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini dibawah Akta Bafia berhubung isu NF Corporation (NFC)\

Di bawa ke Mahkamah Seksyen 6, dihadapan hakim Aslam Zainuddin, dikenakan tuduhan dibawah Sesyen 997 Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989

BERITA TERDAHULU

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu berhubung isu NFC Corporation, ditahan polis awal pagi tadi.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Rafizi sekarang berada di bangunan mahkamah, kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi Sinar Harian Online pada jam 9.15 pagi tadi.

"Jangan risau saya OK. Dah nak sampai mahkamah, " kata Rafizi dalam mesej twitter 16 minit yang lalu.

Dalam satu mesej beliau kira-kira sejam yang lalu, sekitar 8.30 pagi, Rafizi berkata, "aaya baru dimaklumkan bahawa saudari Johari Mohamad juga telah ditahan dan akan didakwa pagi ini bersama-sama."

Dalam mesej kira-kira 7.30 pagi tadi, Rafizi menulis, "Saya telah ditahan dibawah Bafia kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan dicaj di mahkamah Shah Alam."

"Sampai balai polis Hulu Kelang. BNM akan buat laporan polis sekarang dan rasanya dari situ ditahan secara rasmi," kata beliau dalam mesej seterusnya.

Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989.

Dalam pada itu, Rafizi yang ditemui di lobi mahkamah berkata, dia ditahan pada jam 6.50 pagi oleh sepasukan anggota terdiri daripada pegawai polis dan Bank Negara.
Menurutnya, dia diberitahu penangkapan dibuat di bawah Bafia kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFCorp. - SINAR HARIAN





Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More