2 Ogo 2012

Bunuh, rogol - Etnik Rohingya diperlaku kejam



ANGKOK - Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) mendedahkan, tentera Myanmar membunuh, merogol dan membuat penahanan besar-besaran ke atas penduduk Islam Rohingya selepas rusuhan kaum di utara negara ini tercetus pada Jun lalu.

Menerusi satu laporannya yang didedahkan hari ini, kumpulan tersebut menyatakan bahawa pihak berkuasa Myanmar hanya melakukan sedikit usaha untuk menghalang ketegangan awal daripada terus merebak.

Kumpulan hak asasi yang beribu pejabat di New York itu menyatakan, kakitangan bantuan turut dihalang menjalankan tugas mereka dan dalam beberapa kes, etnik Rohingya terus menjadi mangsa tindakan kekerasan kerajaan di negeri Rakhine selepas tercetusnya rusuhan kaum itu.


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More