31 Jul 2012

Ning Baizura tidak libat mana-mana parti politik



KUALA LUMPUR - Penyanyi Ning Baizura binti Hamzah (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, beliau tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Oleh itu, beliau menafikan laporan akhbar Sinar Harian, beliau 'bakal' menjadi ahli PAS dan menyifatkan laporan itu tidak benar.

Berikut adalah kenyataan penuh Ning yang dikeluarkan melalui peguam beliau.

Ning Baizura tidak melibatkan diri dalam mana-mana parti politik

Ning telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2012 di mana telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli sebuah parti politik Malaysia.

Ning ingin menyatakan di sini secara spesifik am dan secara keseluruhannya tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik.

Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam hal politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal.

Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan  dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah.

Ekoran tuntutan ini, Harakahdaily menarik balik laporan akhbar Sinar Harian yang disiarkan dalam Harakahdaily melalui ruangan Terbaik Dari Blog dan memohon maaf dari Ning ekoran laporan itu.


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More