TEHERAN - Iran merancang untuk menubuhkan kedutaan di Myanmar bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi umat Islam di negara tersebut, kata Menteri Luar, Ali Akbar Salehi.
"Kita telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Myanmar dan rancangan menubuhkan pejabat perwakilan di negara itu.
"Kita yakin dengan adanya pejabat kedutaan ia boleh membantu mengukuhkan hubungan politik di antara kedua-dua negara dan menerusinya, kita boleh mengambil langkah berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam di Myanmar menerusi kerjasama kerajaan negara itu,'' katanya kepada agensi berita Mehr (MNA), kelmarin. - BERNAMA








