17 Feb 2012

Skuad Piala Thomas negara mara ke pusingan akhir



WUHAN - Skuad badminton negara menempah tiket ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan selepas mengalahkan India 3-0 pada peringkat suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau hari ini.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperuntukkan empat tempat kepada wakil Asia dalam Piala Thomas dan tiga tempat dalam Piala Uber.

China dan Korea Selatan masing-masing telah layak ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber selaku juara bertahan.

Pada perlawanan Piala Thomas hari Khamis, pemain No 1 dunia Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku pemain pertama negara dipaksa bekerja keras sebelum mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram, 21-12, 17-21 dan 21-8 dalam masa 47 minit.

Beregu utama negara Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong kemudian mengutip mata kedua buat negara selepas mengatasi gandingan Rupesh Kumar/ Sanave Thomas 21-14, 23-21 dalam masa 34 minit.



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More