17 Feb 2012

Rasuah: Lans Koperal dijatuhi hukuman penjara 30 bulan, denda RM25,000



JOHOR BAHARU - Mahkamah Sesyen di sini Jumaat menjatuhi hukuman penjara 30 bulan dan denda RM25,000 atau penjara tujuh bulan terhadap seorang anggota polis selepas didapati bersalah menerima rasuah pada 2007.

Lans Koperal Muhammad Raffi Sarin, 45, didapati bersalah kerana menerima suapan berjumlah RM4,900 daripada Hang Chiek Siong pada 1 April 2007.

Tertuduh yang bertugas di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian menerima suapan tersebut pada lebih kurang 5 petang di nombor 516, Jalan Kukup, Pontian sebagai dorongan untuk tidak melakukan tangkapan ke atas Hang kerana kesalahan memiliki pil ecstacy.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16A akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Hakim Madihah Hairullah bagaimanapun membenarkan rayuan tertuduh melalui peguamnya, Rosli Kamarudin untuk menangguhkan hukuman itu bagi membolehkan rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More