18 Feb 2012

Malaysia tewas kepada Jepun



WUHAN - Malaysia tunduk 3-0 kepada Jepun dalam separuh akhir kelayakan Piala Thomas tanpa memberi tentangan sengit kepada lawan mereka.

Pemain kebangsaan yang sudah mencapai sasaran mereka untuk layak ke pusingan akhir, merehatkan pemain utama, Lee Chong Weo dan Koot Kien Keat untuk memberi peluang pemain simpanan.

Muhammad Hafiz Hashim melepaskan mata pertama kepada Sho Sasaki dengan keputusan 21-19, 21-16, namun beregu pertama Lim Khim Wah-Goh V Shem cuba memberi tentangan dengan mengheret Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto ke permainan penentuan sebelum menyerah 21-11, 11-21, 21-18.

Pemain perseorangan kedua, Liew Daren hampir mencuri mata daripada Kenichi Tago, namun tunduk 30-28, 21-19 selepas bertarung selama 59 minit.

Skuad lelaki negara akan berdepan dengan Indonesia bagi perlawanan playoff untuk penentuan tempat ke 3/4.

Sementara itu, pasukan wanita terus malap dalam kempen penentuan playoff tempat ke 5/8 dalam Piala Uber selepas kalah 3-2 kepada Hong Kong. Mereka akan menghadapi Indonesia selepas ini. - ARENA



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More