19 Feb 2012

Beli ijazah? Tak kuasa saya, kata Rosmah



KUALA LUMPUR - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar wang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran kehormat yang diterimanya daripada Curtin University.

Katanya, beliau menerima ijazah tersebut memandangkan anugerah itu sendiri diberikan oleh universiti tersebut.

"Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya...

"Daripada saya bayar lebih baik saya beri sumbangan kepada Wiranita PERKASA.

"Mungkin sebab dia selalu bayar, sebab itu dia kata saya bayar," katanya lagi dalam ucapannya di majlis makan malam pertubuhan itu malam tadi.

Tambahnya, beliau diberitahu mengenai penganugerahan ijazah kedoktoran itu sejak Disember lalu.

Dakwaan bahawa Rosmah membayar wang untuk dianugerahkan ijazah tersebut timbul susulan majlis penerimaan ijazah berkenaan pada 12 Februari lalu yang mendapat liputan meluas media. - Malaysiakini



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More