KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Nicol David meneruskan penguasaannya apabila mengalahkan Camille Serme dalam Siri Akhir Dunia.
Nico, 28, hanya mengambil masa 17 minit untuk mengesahkan kemenangannya 11-6, 11-6 ke atas pemain Perancis itu untuk bertemu dengan Donna Urquhart yang mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama 11-7, 11-6 kepada Madeline Perry dalam Kumpulan A.
Sementara itu dalam Kumpulan B, Low Wee Wern gagal mengekalkan rentak cemerlang dalam set pertama ketika bertemu Rachael Grinham sebelum kalah 11-8, 11-9 dalam tempoh 36 minit.
Wee Wern memulakan pertarungan dengan rentak meyakinkan untuk bangkit daripada ketinggalan 5-9 sebelum set pertama menjadi miliknya. Namun dia mula dihambat keletihan apabila Rachael mula memberi perhatian lebih bagi babak seterusnya.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu bakal bertemu pemain nombor dua dunia, Jenny Duncalf yang menewaskan rakan senegara, Laura Massaro 5-11, 11-6, 11-6.
Dalam acara lelaki, peluang Mohd Azlan Iskandar terjejas selepas kalah 11-7, 11-5 kepada pemain Mesir, Mohd El Shorbagy. - ARENA








