![]() |
| [Gambar hiasan] |
KUANTAN - Kira-kira 200 daripada 33,259 pelatih Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dikecualikan daripada program itu atas masalah kesihatan selepas mereka mendaftar di 81 kem PLKN seluruh negara minggu lepas.
Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata kebanyakan daripada peserta yang dikecualikan daripada menjalani program itu disahkan mempunyai masalah kesihatan seperti lelah dan sebagainya.
"Keputusan bagi menangguh atau mengecualikan pelatih-pelatih berkenaan dibuat setelah mereka menjalani pemeriksaan kesihatan yang dijalankan pegawai perubatan kerajaan dan bukan pihak kem.
"Bagi pelatih yang sakit dan sembuh setelah menerima rawatan, mereka akan dipanggil semula untuk menjalani program PLKN, tetapi yang dikecualikan kita tidak akan panggil," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Gambang di sini Jumaat. - BERNAMA








