10 Dis 2011

Tiada laluan mudah - Hai O



KUALA LUMPUR - Penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar mengakui tiada laluan mudah untuknya merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi digandingkan bersama Marlon Alex James.

Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai-O tidak rela namanya sekadar mengisi senarai pemain ATM dan  menegaskan dia perlu bekerja keras untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

“Persaingan di ATM tampak pasti sengit dan tiada alasan untuk saya bermain sambil lewa kerana sudah pastinya semua pemain mahu bermain dalam kesebelasan utama.

“Tekad saya ialah memastikan kerja keras bersama kelab baru ini akan membuahkan hasil dan menampakan keputusan yang positif,” kata Hairuddin.

Biarpun di label pemain yang masih mampu menyerlah dengan menyaingi ramai lagi pemain muda, Hai-O tidak berasakan mampu mendapat tiket mudah daripada pengendali ATM, B. Sathiananthan untuk bergandingan dengan Marlon di Liga Perdana musim depan.
Malah dia berasakan saingan musim 2012 lebih sukar, termasuk saingan getir daripada rakan sepasukan seperti Zaquan adha  untuk mengisi posisi di bahagian depan.

ATM jelas berani membuat pelaburan besar demi menjamin kelibat di saingan Liga Super musim 2013 dengan membariskan ramai pemain bintang dalam usaha merealisasikan hasrat itu.

Hai-O turut percaya dan yakin dengan Sathiananthan yang mengenali setiap pemainnya biarpun ada pihak menganggap terlalu ramai pemain bintang mampu menjejaskan perancangan pasukan.

Menjuarai 3 Piala Malaysia bersama tiga pasukan berbeza masih belum cukup buat Hairuddin Omar untuk terus memburu kejayaan bersama kelab barunya , ATM. - ARENA




Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More