12 Dis 2011

Terengganu bakal guna Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk perlawanan Piala AFC



KUALA TERENGGANU - Persatuan  Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada Isnin menyifatkan kerajaan negeri begitu prihatin meningkatkan kecahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Presidennnya Datuk Che Mat Jusoh berkata tindakan kerajaan itu adalah tepat pada masanya memandangkan pasukan bola sepak negeri Terengganu yang melakar sejarah buat pertama kalinya berjaya memasuki pertandingan Piala AFC, Mac tahun depan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata kerajaan negeri bersedia membaiki lampu limpah di stadium itu bagi membolehkan perlawanan Piala Liga dan Piala AFC diadakan pada waktu malam.

Keupayaan cahaya lampu limpah di stadium itu sekarang adalah 800 lux berbanding 1,400 lux yang diperlukan untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

Che Mat berkata stadium yang berusia lebih 35 tahun itu tidak mempunyai kemudahan-kemudahan canggih yang diperlukan oleh sebuah stadium bola sepak pada masa kini.

"Kita agak malang kerana ada stadium baru (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) di Gong Badak, bumbung runtuh dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk dibaik pulih," katanya di sini.

Sehubungan itu, Che Mat berharap kerajaan negeri akan mengatasi masalah berkenaan bagi meningkatkan lagi mutu bola sepak di negeri ini.

Sementara itu pasukan Kelantan yang juga akan menyertai Piala AFC turut mengalami masalah yang sama. Pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV juga adalah 800 lux selain "score board" manual memungkinkan pasukan itu tidak dapat beraksi di laman sendiri dalam aksi Piala AFC.


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More