7 Dis 2011

Struktur liga bakal dirombak






KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang mengkaji untuk mengurangkan bilangan pasukan Liga Super yang kini disertai 14 pasu­kan negeri dan kelab.

Struktur liga utama bola sepak kebangsaan itu berkemungkinan akan dirombak sekali lagi bagi meningkatkan martabat liga bola sepak negara ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara tersebut berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Kita akan mengurangkan pasu­kan dan akan dibincang di peringkat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk menentukan perkara tersebut,” katanya.

Untuk rekod, bagi musim ini sebanyak 14 pasukan telah menyertai saingan Liga Super seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Harimau Muda A, Perak, Johor FC, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur dan Pahang serta Perlis sejak pertama kali diperkenalkan pada 2004.

Sementara itu, diminta mengulas lanjut sama ada akan melanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi saingan Liga Super 2012 pada 8 Disember, Azzuddin menegaskan FAM tidak akan bertolak ansur kerana tempoh yang diberikan sejak Ogos lalu sepatutnya sudah dipenuhi setiap pasukan.

“FAM telah memberi masa yang cukup kepada setiap pasukan untuk menyediakan segala keperluan yang ditetapkan untuk pendaftaran pasu­kan,” katanya.

Enggan menunding jari mana-mana pihak, Azzuddin membidas pengurusan pasukan perlu lebih profesional dan sistematik kerana tarikh tersebut telah dimaklumkan lebih awal.
“Ini kerana setiap tahun masih masalah yang sama iaitu memohon rayuan untuk lanjutkan tarikh tutup dengan alasan kesuntukan masa,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pasukan yang gagal mendaftar sehingga tarikh tutup esok, JKPT akan menasihatkan mereka boleh berbuat demikian pada pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April 2012.

“Kita tidak boleh lanjutkan lagi kerana ia akan menjejaskan persiapan sekretariat untuk penjadualan perlawanan dan lain-lain,” katanya. - SINAR HARIAN




Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More