12 Dis 2011

Perarakan obor catat rekod dunia



JAKARTA - Beberapa pegawai menyatakan beribu-ribu orang dari 50 buah negara mencatatkan dua rekod baharu dunia dengan berarak sambil membawa lebih 3,700 obor bernyala di ibu kota Indonesia di sini.

Penganjur acara berkenaan, Yamal Hasmanan daripada pertubuhan bukan kerajaan Freedom Faithnet Global semalam memberitahu, beberapa pegawai Guinness World Records menyampaikan sijil kepada para peserta untuk pencapaian imej obor menyala terbesar yang dibentuk oleh manusia dan perarakan unggun api terbesar.

Beliau berkata, perarakan kelmarin itu disertai 3,777 pembawa obor sebagai simbol pengharapan dan doa.

Pertubuhan itu turut memegang rekod dunia bilangan tanglung terbesar yang dilepaskan ke udara.

Sebanyak 10,318 tanglung dilepaskan serentak ke udara pada Disember 2009. - Agensi



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Facebook

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More