LANGKAWI - Bukit Cengkuan di sini menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan pertunjukan udara pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) yang bermula Selasa.
Bukit itu yang merupakan tempat melihat anak bulan terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, yang memudahkan orang ramai menyaksikan lebih dekat pertunjukan udara.
Selain itu pelancong turut berada sepanjang jalan dan kawasan berhampiran kediaman kakitangan Malaysia Airport Langkawi untuk menyaksikan pertunjukan itu.
Pertunjukan udara oleh pesawat dan Aerobatik "Krisakti" menjadi tarikan LIMA '11.
Pameran itu akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat dan Sabtu ini.
LIMA '11 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. - BERNAMA








