2 Dis 2011

74 mangsa banjir di Perak dipindahkan

[Gambar hiasan] 

IPOH - Seramai 74 orang mangsa banjir dari tiga kampung di daerah Kerian dipindahkan berikutan air naik sedalam dua meter akibat hujan lebat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang terdiri daripada 19 keluarga dari Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis dan Ban Abu Hasan itu kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaaan Bukit Merah, selepas dipindahkan antara pukul 2 dan 6 petang semalam.

Beliau berkata, selain anggota polis, operasi pemindahan dibantu oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Hujan lebat sejak dua hari lepas menyebabkan takungan air di kawasan kolam Bukit Merah melimpah menyebabkan kampung-kampung terbabit dinaiki air sedalam dua meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya sehingga pukul 10.30 pagi ini, kaedaan air di kampung itu sudah surut, bagaimanapun mangsa banjir masih tidak dibenarkan pulang kerumah masing-masing sehingga keadaan sudah pulih seperti biasa.

Sementara itu di Pahang, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Kampung Kundang Patah Cheroh, Raub masih kekal sembilan orang, dari tiga keluarga.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, lima lelaki dan empat wanita itu dipindahkan ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka di Kampung Ria Semantan, Raub dinaiki air, semalam.

Katanya, kesemua mereka dijangka pulang ke rumah masing-masing hari ini selepas keadaan kembali pulih. - Bernama




Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More