30 Nov 2011

Zachariah Simukonda bakal sertai T-Team



KUALA TERENGGANU - Bekas pemain import Perlis  yang  berasal dari Zambia, Zachariah Simukonda akan menyertai pasukan T-Team bagi  menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

Jurulatih Yunus Alif berkata pemain penyerang berumur 28 tahun itu mewakili Perlis pada tahun 2007.

"Zachariah telah melepasi ujian dan dia memenuhi kriteria yang kita tetapkan. Seorang lagi pemain import akan diuji minggu depan,"  katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Zachariah mewakili kelab Red Arrows, Zambia pada 2011 selepas  bermain dengan kelab Al-Faizaly dalam liga Jordan pada 2009 hingga 2010.

Yunus berkata beliau yakin Zacharia mampu menjulang nama T-Team memandangkan pengalamannya bermain dalam Liga Malaysia sebelum ini.

Sementara itu, T-Team akan mengambil sembilan pemain baru bagi menggantikan pemainnya yang berhijrah ke pasukan lain musim 2012 seperti Indra Putera Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Mohamad dan Azizi Matt Rose yang berhijrah ke Kelantan.

Sembilan pemain baru itu ialah masing-masing tiga dari Selangor, Perlis dan Terengganu.

Yunus berkata T-Team akan menggadakan perlawanan persahabatan di Selangor bulan depan bagi menguji keserasian pemain.



Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More