3 Nov 2011

Yong-sung ada resepi kembalikan kehebatan Koo Kien Keat - Tan Boo Heong



KUALA LUMPUR  - Dua aspek menjadi tumpuan untuk mengembalikan kegarangan beregu taruhan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Itu idea diberikan kepada jurulatih dari Korea Selatan, Yoo Yong-sung buat gandingan kelima dunia itu.

Berdasarkan pengalamannya sebagai pemain, Yong-sung berkata Kien Keat-Boon Heong berdepan masalah disiplin serta kekangan kekuatan mental yang menjadi penghalang mereka buat masa ini.

"Masa saya menjadi pemain, dua aspek ini saya sendiri tekankan," katanya

Yong-sung yang bergandingan dengan Lee Dong-soo adalah pemenang pingat perak Olimpik 2000 Sydney dan 2004 Athens, juga pernah dua kali meraih perak di Kejohanan Dunia selain menggondol tiga emas Sukan Asia di dua temasya berbeza.

Boon Heong yang ditemui semasa sesi latihan pertama di bawah kendalian Yong-sung di ibu negara hari ini mendedahkan jurulatih itu telah mengarahkannya berbincang dengan Kien Keat mengenai perancangan mereka.

Malah, Boon Heong mengakui dia perlu lebih banyak berkomunikasi dengan pasangannya berbanding beraksi secara individu kebelakangan ini.

*Sumber : Arena

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More