15 Nov 2011

Usahawan Singapura bawa keluarga melancong ke angkasa



SINGAPURA - Sepasang suami isteri dan dua anak mereka membayar RM3 juta untuk menempah tempat dalam penerangan pelancongan ke angkasa disediakan syarikat Virgin Galactic, umum syarikat itu, semalam.

Pengarah Komersial Virgin Galactic, Stephen Attenborough, berkata dia menghadiri makan tengah hari bersama seorang lelaki yang menghubungi syarikat itu kelmarin.

“Ketika menikmati hidangan itu, dia bukan saja menandatangani kontrak untuk mendapatkan tempat bagi dirinya, malah dia menempah keseluruhan penerbangan kami,” katanya.

Bercakap di persidangan media dan pemasaran, Attenborough berkata, ahli perniagaan itu menyerahkan cek AS$1 juta kepadanya dan meminta butiran mengenainya dirahsiakan.

“Nampaknya ahli perniagaan itu belum memberitahu isterinya,” katanya.

Dengan kontrak itu, kata Attenborough ahli perniagaan terbabit bakal menjadi keluarga dari Asia pertama menjadi angkasawan secara serentak.

Virgin Galactic membuka tempahan ke angkasa lepas sejak 2005.

Setiap penumpang dikenakan RM627,000 bagi penerbangan yang boleh memuatkan empat penumpang dan dua juruterbang. - AFP

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More