15 Nov 2011

Tiada tekanan buat Baddrol



JAKARTA - Keyakinan kapten skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar melonjak selepas mengutip tiga gol peribadi sepanjang saingan Sukan Sea di Indonesia.

Tanggungjawab yang diletak ke atas bahunya bukan alasan untuk Baddrol mengalami tekanan, sebaliknya ia menyuntik semangat penyerang berasal dari Kedah itu beraksi dengan lebih gigih lagi.

Kemenangan semasa menentang kemboja belum cukup untuk memastikan M'sia ke separuh akhir, Baddrol menyeru rakan sepasukan untuk memberi fokus dan komitmen tinggi apabila menentang Indonesia nanti.

"Kami perlu beri tumpuan menentang Indonesia, ia penting," seru Baddrol kepada rakan sepasukan.

Kemenangan besar 4-1 negara ke atas Kemboja bukan ukuran sebenar keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee sebaliknya beberapa kesilapan pada separuh masa kedua perlu dielak daripada diulangi jika mahu tersingkir awal.

Meskipun penguasaan memihak kepada negara, kealpaan dan sikap sambil lewa nyata meresahkan Kim Swee yang berharap ia tidak berulang.

"Empat gol itu adalah petanda positif namun kami perlu lebih fokus sepanjang permainan," ujar Kim Swee.

Disamping itu, Kim turut mengingatkan anak buahnya supaya tenang dan tidak terperangkap dengan perang psikologi penyokong lawan menjelang aksi bertemu tuan rumah Indonesia nanti.

Semasa pertemuan menentang Kemboja lalu, pemain Kuala Lumpur Yong Kuong Yong yang bergandingan bersama Baddrol nyata menyerlah sepanjang perlawanan tersebut.

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More