18 Nov 2011

SUKAN SEA: Tirai hari ke 7 berlabuh Malaysia di tangga ke 4



JAKARTA - Hari ke tujuh Sukan SEA ke-26 melabuhkan tirai dengan kedudukan masih lagi kontinjen tuan rumah, Indonesia selesa berada di tangga teratas dengan memungut 108 pingat emas, 78 pingat perak dan 73 pingat gangsa.

Namun begitu kedudukan kedua berubah apabila kontinjen Vietnam berjaya memintas Thailand dengan pungutan sebanyak 66 pingat emas berbanding 63 pingat emas dimiliki kontinjen Thailand.

Kontinjen negara juga hari ini menunjukkan kecemerlangan apabila melonjak ke tangga ke empat dengan pungutan sebanyak 37 pingat emas, memintas kontinjen Singapura yang memungut 32 pingat emas.

Di tempat ke tujuh milik kontinjen Filipina diikuti Laos, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timor Leste.


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More