21 Nov 2011

Sukan SEA: Malaysia mampu raih 60 emas



KUALA LUMPUR - Sasaran terbaru 60 pingat emas yang dibuat Chef-de-Mission Datuk Naim Mohamad untuk kontinjen Sukan SEA negara di Indonesia mampu dicapai sekiranya atlet negara berjaya mengambil tempat dalam beberapa acara akhir sebelum temasya dwi-tahunan itu melabuhkan tirainya Selasa ini.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad berkata, pengurus pasukan bagi beberapa acara yang merebut tempat ke peringkat akhir harus memastikan atletnya memberi persembahan terbaik untuk memastikan mereka mampu menambah pungutan pingat emas.

"Pada saya pengurus pasukan lebih mengetahui prestasi semasa atlet mereka, malah saya percaya dengan berkat keazaman atlet, mereka mampu meraih lebih banyak pingat emas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menjelang penutupan Sukan SEA Selasa ini, kontinjen negara telah berjaya memungut sejumlah 50 pingat emas setakat ini. Antara acara yang dijangka menjadi sandaran kontinjen negara untuk tambahan pingat emas ialah bola sepak, wushu, renang berirama dan boling. - Bernama


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More