16 Nov 2011

Perkemaskan mutu persembahan



JAKARTA - Meskipun skuad bola sepak negara berpeluang cerah menjejak kaki ke separuh akhir Sukan Sea 2011, rata-rata peminat masih mengharapkan Harimau Muda mampu memperkemaskan mutu persembahan menjelang pertemuan dengan Indonesia, Khamis ini.

Bekas pemain kebangsaan negara, Redzuan Abdullah, menganggap skuad negara belum mempamer aksi sebagai juara meskipun berjaya menundukkan Kemboja 4-1, Ahad lalu.

"Skuad negara yang mengharungi tiga perlawanan setakat ini sepatutnya mampu menampilkan aksi lebih menyakinkan berbekal reputasi juara bertahan," katanya.

Katanya, skuad bimbingan Ong Kim Swee  perlu melipat gandakan usaha dan tidak menjadikan provokasi melampau penyokong tuan rumah sebagai alasan gagal memberi persembahan terbaik.

Sementara itu, peminat lain juga turut mengharapkan skuad negara mampu memperbaiki kelemahan dan tidak leka dengan tentangan skuad garuda nanti.

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More