4 Nov 2011

OPS PASIR : Pengarah syarikat disabitkan kesalahan



KUANTAN – Seorang pengarah syarikat swasta, Dato’ Ng Kim Heng, telah disabitkan hukuman penjara satu (1) hari dan dikenakan denda RM 55,000.00 hari ini setelah mengaku salah atas pertuduhan memberi suapan kepada seorang Komander Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Timur, Kuantan, Pahang.

Ng, 47 tahun, telah membayar denda tersebut dan telah menghadapi hukuman penjaraselama satu (1) hari di Penjara Penor, Kuantan, Pahang.

Hakim Mahkamah Sesyen (Khas) Rasuah Kuantan, Y.A Fathiyah Binti Idris, menjatuhkan hukuman setelah mendapati Ng bersalah bagi satu (1) pertuduhan yang melibatkan pemberian suapan, iaitu wang tunai  RM10,000.00 kepada Komander Maritim Syd Mohd Fuzi Bin Syd Hasan pada 17 Ogos 2010 di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan sebuah bot tunda bernama Cathay 7 dan tongkang CSF 2306 kerana memiliki borang-borang Kastam yang palsu semasa diperiksa dan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Timur pada 14 Ogos 2010.

Ng juga didapati telah memberi suapan tersebut sebagai dorongan kepada Syd Mohd Fuzi untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas bot tunda dan tongkang yang membawa muatan pasir sungai dari muara Kuala Sungai Pahang ke Singapura pada masa-masa hadapan.

Terdahulu, Ng telah didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi. 

Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Syafinas Binti Shabudin daripada SPRM Pahang manakala Ng diwakili oleh peguambela Goh Kim Lian.

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More