BASEL, Switzerland - Novak Djokovic berkata dia memerlukan sedikit masa untuk kembali ke prestasi sebenar selepas kecederaan belakang yang dialaminya memaksa dia berehat enam minggu.
Kecederaan otot belakang memaksa Novac menarik diri dalam perlawanan separuh akhir Piala Davis menentang Juan Martin dari Argentina 18 September lepas.
"Sudah tentu, ia akan mengambil sedikit masa untuk kembali ke prestasi sebenar," kata Djokovic.
Djokovic percaya bahawa kekuatan mental di dalam dan di luar gelanggang adalah faktor penting untuk memastikan kejayaannya.
"Saya mengambil masa mungkin lebih lama daripada yang saya jangkakan untuk saya benar-benar yakin bahawa saya boleh menang Grand Slam mengatasi Roger dan Rafa," katanya.








