21 Nov 2011

Muhamad Hafiz sumbang emas keempat acara berbasikal



JAKARTA - Muhamad Hafiz Mohd Sufian menyumbangkan emas keempat negara daripada acara berbasikal trek Sukan SEA di sini yang berlangsung di Velodrom Rawamangun dekat sini hari ini.

Pelumba berasal dari Selangor itu memenangi tiga daripada lima disiplin yang dipertandingkan dalam acara Omnium untuk menjadi juara.

Beliau meraih tempat pertama dalam disiplin Flying Lap, Elimination dan Scratch serta tempat ketiga dan keempat masing-masingnya dalam disiplin 4,000 meter kejar mengejar dan mengutip mata.

Rakan sepasukan Ahmad Fakhrullah Alias, pula membawa pulang pingat gangsa manakala pelumba tuan rumah, Fatahillah Abdullah, mendapat perak.

"Kemenangan ini mungkin rezeki isteri dan bakal anak sulung saya yang dijangka lahir sekitar awal Januari nanti,” katanya kepada pemberita selepas tamat pelumbaan itu. - Bernama


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More