JAKARTA - Perlawanan peringkat akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 menyaksikan Malaysia menang keatas Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti.
Pada penentuan tersebut Malaysia mengatasi Indonesia 4-3 selepas permainan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu, Indonesia meraih gol pembukaan hasil tandukan Gunawan pada minit ke-5 permainan.
Gol tersebut nyata menyentap semangat pemain anak buah Ong Kim Swee. Bagaimanapun, skuad negara berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan di sebelah kiri gol pada minit ke 35, selepas menyambut baik sepakan penjuru.
Saingan cukup mendebarkan dalam 45 minit permainan dan turut menyaksikan banyak percubaan-percubaan berbahaya di depan gawang kedua-dua pasukan.








