KUALA LUMPUR - Litar Sepang akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aspek keselamatan selepas kematian penunggang MotoGP, Marco Simoncelli tetapi litar berkenaan tidak boleh dipersalahkan dalam tragedi itu.
Kematian penunggang Itali yang sedang meningkat naik itu dalam nahas semalam pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia mencetuskan kejutan dalam sukan motor itu yang baru menyaksikan kematian pemandu IndyCar, Dan Wheldon pada perlumbaan di Las Vegas, baru-baru ini.
Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Mokhzani Mahathir, berkata kematian pertama di atas litar itu akan mendorong pihaknya untuk mengkaji semula aspek keselamatan.
"Penganjur perlumbaan di Litar Sepang perlu mengkaji semula aspek keselamatan dari setiap sudut," katanya. - AFP








