2 Nov 2011

Kelantan ketinggalan jauh - Awang Adek



PUTRAJAYA – Kelantan ketinggalan begitu jauh dalam aspek pembangunan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Hal itu menyebabkan terdapat kesedaran secara menyeluruh di kalangan rakyat Kelantan yang mahukan kemajuan dan menyokong Barisan Nasional (BN), katanya.

“Rakyat Kelantan yang mahukan perubahan kini mula menyokong kerajaan BN apabila menyedari kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Hari Inovasi 2011 Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Awang Adek seterusnya berkata, Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pelaburan dan ketiadaan peluang pekerjaan menyebabkan rakyatnya mula bangkit untuk kembali kepada BN.

Menurutnya, kesedaran politik di kalangan rakyat Kelantan juga semakin meningkat berikutan ketiadaan peluang kerja dan niaga di negeri itu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, Kelantan merupakan negeri yang paling kecil menerima pelaburan pada tahun lalu.

Jelasnya, pelaburan yang diterima negeri itu pada tahun 2010 hanya RM187 juta atau 0.3 peratus berbanding RM40 bilion di seluruh negara.

Manakala, katanya, Kelantan hanya mengutip RM34 juta cukai jualan setahun berbanding negeri lain seperti Melaka yang mencecah RM1.3 bilion.

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More