21 Nov 2011

Jaringan lewat Johnson, benam Chelsea



LONDON - Glen Johnson muncul wira pasukannya apabila meledakkan gol kemenangan ketika permainan hanya berbaki tiga minit bagi membolehkan Liverpool melakar kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi perlawanan Liga Perdana England, hari ini.

Liverpool yang mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama berjaya mendahului perlawanan selepas 33 minit menerusi Maxi Rodriguez namun Chelsea menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Daniel Sturridge.

Perlawanan di Stamford Bridge itu dilihat hampir pasti seri sehingga Johnson berjaya mencari ruang di bahagian kanan untuk meneruskan larian ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan rendah di penjuru jaring lawan. - Reuters


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More