18 Nov 2011

Chong Wei jumpa seteru utama separuh akhir Terbuka Hong Kong



HONG KONG - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dengan mudah layak ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram, pada perlawanan suku akhir hari ini.

Seperti diramalkan, Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dengan mudah mengenepikan saingan dalam masa 31 minit dengan keputusan 21-16, 21-13 pada kejohanan bernilai AS$250,000 (RM791,301).

Bagaimanapun, Chong Wei dijangka menghadapi saingan getir apabila bertemu dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan separuh akhir esok.

Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, turut melangkah ke separuh akhir apabila berjaya menumpaskan Shon Wan Ho dari Korea Selatan, 21-15, 21-18 dalam masa 40 minit. - Bernama


Kongsi Berita / Artikel Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More