2 Nov 2011

Bapa bintang siri Glee mati ditikam



MANILA - Bapa kandung bintang pop antarabangsa dari Filipina, Charice Pempengco, (gambar) 19, yang muncul dalam siri televisyen popular di dunia, Glee ditikam sehingga mati di di selatan Manila semalam, kata pegawai polis Filipina semalam.

Seorang pegawai polis, Gilbert Cruz berkata, bapa Charice, Ricky Pempengco, 40, ditikam ketika berada di sebuah kedai di bandar San Pedro selepas dia secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki mabuk.

Lelaki mabuk itu yang berang menikam Pempengco berulang kali dengan peralatan pemecah ais di dada dan belakang badannya sehingga dia mati di tempat kejadian yang berlaku kelmarin.

Polis masih mencari suspek kes pembunuhan tersebut, kata polis tersebut.

Pegawai polis itu menawarkan ganjaran sebanyak AS$470 (RM1,466) terhadap sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkap lelaki berkenaan.

- Agensi

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More