11 Nov 2011

Aktiviti berbasikal formula tangani mat rempit

[Gambar hiasan] 


KUALA TERENGGANU -  Kegilaan remaja dan belia terhadap sukan berbasikal di Terengganu dilihat formulasi terbaru untuk mengekang aktiviti mat rempit dan lumba haram di negeri ini.

Bagi merealisasi hasrat kerajaan negeri dalam menangani permasalahan itu, karnival kayuhan basikal Rapat Satu Malaysia dianjurkan.

Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata karnival itu merupakan langkah terbaik untuk menyeru remaja mengamalkan kehidupan sihat, sekaligus menangani masalah rempit dan lumba haram di negeri ini.

"Saya lihat ia dapat mengurangkan aktiviti rempit dan juga lumba haram sekitar Terengganu ini, jika sebelum ini mereka bermain dengan motosikal kini mereka menukar kepada trend berbasikal dan mereka juga sanggup membeli basikal hingga mencecah belasan ribu ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Rapat Satu Malaysia, di sini.

Rozi berkata karnival seumpama itu akan diadakan setiap bulan memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ia merupakan penganjuran kali kedua selepas program kayuhan sahur pada Ramadan lepas.

Pada karnival kayuhan itu seramai 600 belia dan beliawanis mengambil bahagian mengayuh basikal sejauh 20 kilometer mengelilingi bandar Kuala Terengganu sebagai membanteras kegiatan samseng jalanan.- BERNAMA

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More